Official Trailer

Saksikan Trailer I See You Lakonan Helen Hunt

Views

Saban Films telah melancarkan trailer rasmi filem I See You, filem psikologikal thriller lakonan pemenang anugerah Oscar Helen Hunt. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

I See You ditetapkan disebuah pekan kecil dimana sebuah keluarga sempurna telah kehilangan anak mereka, Justin Whitter yang berusia 12 tahun. Ketua penyiasat, Greg Harper (Jon Tenney) berusaha untuk mengimbangi tekanan siasatan kes itu, sambil mencari jalan untuk memaafkan isterinya, Jackie (Hunt). Apabila kehadiran yang berniat jahat menampakkan dirinya dan meletakkan anak lelaki mereka dalam bahaya, kebenaran yang suram dan keras tentang kejahatan di rumah Harper akhirnya terbongkar.

Filem arahan Adam Randall dan tulisan Devon Graye ini turut dibintangi beberapa pelakon lain antaranya Jon Tenney, Judah Lewis, Owen Teague, Libe Barer dan Grey Alan.

I See You akan ditayangkan dipawagam US, digital dan On-Demand pada 6 Disember ini.

POSTER

 

shares
Enable Notifications    Ok No thanks