Official Trailer

Saksikan Trailer Filem Perang Drama THE OUTPOST Lakonan Orlando Bloom & Scott Eastwood

Views

Saksikan trailer filem perang drama The Outpost arahan Rod Lurie yang memaparkan previu pertempuran di Afghanistan. Lakonan Orlando Bloom dan Scott Eastwood. Filem ini akan ditayangkan di Amerika Syarikat pada 3 Julai akan datang. Buat masa ini tiada info untuk tayangan di Malaysia.

Anda boleh trailer dibawah.

Berdasarkan dari buku bukan fiksyen berjudul The Outpost: An Untold Story of American Valor tulisan wartawan CNN Jake Tapper, filem ini akan menceritakan kisah sebenar dari sebuah unit kecil tentera A.S, bersendirian di Combat Outpost Keating, yang terletak jauh di lebah tiga gunung di Afghanistan, dan bertempur untuk mempertahankan diri serangan pejuang Taliban. Pertempuran Kamdesh, adalah pertempuran tentera Amerika paling berdarah dalam Perang Afghanistan pada tahun 2009.

The Outpost dibintangi oleh Scott Eastwood (Pacific Rim: Uprising), Caleb Landry Jones (Get Out), Orlando Bloom (Pirates of the Caribbean, Lord of the Rings), Jack Kesy (Without Remorse), Taylor John Smith (Hunter Killer), Jacob Scipio (Bad Boys for Life), dan Milo Gibson (Hacksaw Ridge).

The Outpost diarahkan oleh Rod Lurie (The Contender, The Last Castle) dari lakon layar yang ditulis oleh calon Oscar Paul Tamasy dan Eric Johnson (The Fighter).

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks