Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Saksikan Trailer Filem Korea Terbaru, Exit


CJ Entertainment telah melancarkan trailer filem bencana komedi survival Korea, berjudul Exit lakonan Jo Jung Suk dan Yoona SNSD.

Filem ini mengisahkan Yong Nam (Jo Jung Suk) gagal dalam pencarian kerja, dan ibunya malu untuk memperkenalkan anaknya untuk “blind dates” kerana anaknya menganggur. Yong Nam bertembung dengan Eui Joo (Yoona), pada pesta ulang tahun ke-70 kelab mendaki batu kolej mereka. Eui Joo merupakan junior Yong Nam di kelab tersebut ketika di kolej.

Perjuangan bermula ketika mereka berusaha melarikan diri dari gas maut yang dapat membunuh seseorang dalam beberapa minit. Yong Nam dan Eui Joo memberitahu semua orang untuk menyelamatkan diri dan pergi ke atas bumbung untuk melarikan diri dari gas, dan mereka menggunakan kemahiran mendaki mereka ketika mereka memanjat bangunan dalam usaha untuk bertahan hidup.

Exit diarahkan oleh Lee Sang-geun dan akan ditayangan di Korea Selatan pada Julai ini.


Related posts

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee

“My Dearest” Dominasi Rankin Drama & Pelakon Untuk Minggu Ini

Kakimuvee

Lee Sun Bin, Kim Min Seok Akan Membintangi Filem Seram Terbaru

Kakimuvee