Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Saksikan Trailer EXTRACTION Lakonan Chris Hemsworth & David Harbour


Netflix telah melancarkan trailer rasmi filem aksi thriller terbitan Russo Brothers berjudul Extraction yang menampilkan Chris Hemworth sebagai Tyler Rake yang cuba menyelamatkan anaknya dari penjenayah antarabangsa. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Extraction bertempat didunia yang penuh dengan penjual senjata haram dan penyeludup, dan berkisarkan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang dijadikan catur dalam pertembungan diantara kumpulan pengedar dadah. Selepas diculik dan dikurung disebuah bandar yang sukar untuk ditembusi, Tyler Rake, seorang bekas askar upahan yang penuh pengalaman cuba untuk menyelamatkannya. Dengan tiada apa yang perlu dikorbankan, Rake melakukan apa sahaja demi menyelesaikan misi yang hampir mustahil.

Barisan pelakon terdiri daripada  Chris Hemsworth (Thor: Ragnarok), David Harbour (Stranger Things, Black Widow), Derek Luke (13 Reasons Why), Fay Masterson (Vice), Golshifteh Farahani (Paterson) dan pelakon baru, Rudhraksh Jaiswal.

Diarahkan koordinator lagak ngeri Atomic Blonde, Sam Hargrave, Extraction akan menemui penonton pada 24 April ini, eksklusif di Netflix.


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee