Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Saksikan Trailer Eksklusif Spider-Man: Across the #Spider-Verse Untuk Pasaran Asia, Dapatkan Poster Terbaru Disini!


Sony Pictures telah melancarkan trailer eksklusif Spider-Man: Across The Spider-Verse khusus untuk pasaran Asia, sertai poster terbaru yang menampilkan Miles Morales dan Spidey dari dunia yang berbeza. Filem animasi sekuel yang akan datang ini dijadualkan tayangan pada 1 Jun 2023. 

Anda boleh tonton trailer tersebut dibawah:

Miles Morales kembali untuk bab seterusnya dalam saga Spider-Verse yang telah memenangi Oscar®, pengembaraan epik yang akan membawa Spider-Man ke dunia ‘Multiverse’ untuk bergabung tenaga dengan Gwen Stacy dan pasukan baharu ‘Spider-People’ untuk berhadapan dengan penjahat yang lebih berkuasa daripada apa sahaja yang pernah mereka temui.

Spider-Man: Across the Spider-Verse (Part One) diarahkan oleh Joaquim Dos Santos, Kemp Powers dan Justin K. Thompson berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Phil Lord & Christopher Miller dan David Callaham. 

Oscar Isaac, Shameik Moore dan Hailee Steinfeld kembali meneruskan peranan masing-masing. Filem ini diterbitkan oleh Avi Arad, Amy Pascal, Phil Lord, Christopher Miller dan Christina Steinberg. 



Related posts

Teaser Argylle Pratoton Filem Pengintipan Arahan Matthew Vaughn

Kakimuvee

[TRAILER] Amber Heard Bakal Muncul Dalam Filem Terbaru ‘In The Fire’

Kakimuvee

Lionsgate Dedah Trailer Terbaru The Ballad of Songbirds & Snake

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee

Video Teaser Saw X Usik Kengerian Filem Terbaru Melalui Permainan Papan

Kakimuvee