Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Asia

Scott Adkins Mencabar Donnie Yen Dalam Trailer Antarabangsa Ip Man 4: The Finale

Pegasus Motion Pictures telah melancarkan trailer antarabangsa filem aksi Kung Fu yang paling dinantikan, Ip Man 4: The Finale lakonan Donnie Yen dan Scott Adkins. Trailer tersebut memaparkan beberapa babak terbaru yang pastinya membuatkan anda tidak sabar untuk menonton filem tersebut.

Anda boleh saksikan trailer dipemain video dibawah.

Filem terakhir ini akan berkisarkan tentang Ip Man,  Mahaguru Wing Chun yang telah mengembara ke San Francisco, USA, di mana pelajarnya telah membuka sekolah Wing Chun. Bagaimanapun, komuniti seni mempertahankan diri di sana tidak menyukainya sekolah tersebut. Hidup dalam suasana penuh dengan diskriminasi dan dilayan dengan tidak adil, Ip Man bangkit memperjuangkan hak sama rata.

Turut membintangi filem Ip Man 4: The Finale adalah Chris Collins, Vanness Wu, Vanda Margraf dan Danny Chan Kwok-kwan. Pengarah trilogi Ip Man, Wilson Yip kembali mengarahkan filem keempat ini.

Ip Man 4: The Finale akan menemui penonton tempatan mulai 20 Disember 2019.

Related posts

Penampilan Kim Min-gwi Dalam Drama ‘Nevertheless’ Disunting Susulan Skandal Curang

Zulaikha

Trailer “Supergirl” Musim Ke-6 Goda Episod Terakhir Siri The CW

Kakimuvee

“The Penthouse 3” Tambah Dua Lagi Episod, Pratonton Episod Akan Datang

Zulaikha

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

Teaser HOMETOWN CHA-CHA-CHA Goda Hubungan Romantik Mengasyikkan Dengan Pemandangan Tepi Pantai Yang Cantik

Zulaikha

Leave a Comment