Official Trailer

Saksikan Teaser Trailer Glass Yang Menampilkan Karakter The Horde & David Dunn

Views

Selang beberapa hari, studio Universal Pictures telah melancarkan dua teaser trailer filem Glass. Teaser trailer tersebut menampilkan karakter Kevin Wendell Crumb, aka The Horde/Beast yang dilakonkan oleh James McAvoy dan David Dunn yang dilakonkan oleh Bruce Willis. Anda boleh lihat dua teaser trailer tersebut dipemain video dibawah sementara menantikan trailer penuh pada Sabtu ini (Jumaat waktu US)

Glass merupakan sekuel kepada filem Unbreakable yang ditayangkan pada 2000 dan Split pada tahun 2016. M. Night Shyamalan kembali mengarahkan dan menulis siri terakhir Unbreakable ini disamping Jason Blum yang menjadi penerbit bersama-sama M. Night Shyamalan dan Marc Bienstock.

Turut bersama dalam filem ini adalah Samuel L. Jackson sebagai Elijah Price, aka Mr. Glass dan Sarah Paulson sebagai seorang doktor psikatri yang merawat ketiga-tiga individu ini di hospital sakit jiwa. Anya Taylor-Joy kembali membawakan wataknya dalam filem Split sebagai Casey Cooke, iaitu satu-satunya tebusan The Horde/Beast yang terselamat.

Glass akan mula ditayangkan di US pada 18 Januari 2019, Universal Pictures akan mengedarkan filem ini di US manakala Walt Disney Studios akan mengedarkannya ke seluruh duni.

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares