Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Saksikan Teaser Drama “Times” Lakonan Lee Joo Young & Lee Seo Jin

OCN telah mendedahkan teaser untuk drama terbaru berjudul Times.

Times adalah drama misteri politik “time warping” yang mengisahkan Seo Jung In (Lee Joo Young), yang berhubung dengan wartawan Lee Jin Woo (Lee Seo Jin) – yang berada lima tahun di masa lampau – melalui panggilan telefon. Seo Jung In menemui kebenaran yang berbahaya ketika dia berusaha mencegah kematian ayahnya Seo Gi Tae (lakonan Kim Young Chul), yang juga merupakan presiden Korea Selatan. 

Teaser tersebut dimulakan pada tahun 2020, dengan laporan utama, “Tempoh Presiden Seo Gi Tae hampir berakhir…”, sebelum tiba-tiba melonjak ke masa lampau iaitu pada 2015 dengan seorang penyiar mengumumkan, “Berita terkini: calon presiden Seo Gi Tae telah dibunuh. “

Setelah menimbulkan pertanyaan yang membingungkan bagaimana Seo Gi Tae dapat menjadi presiden pada tahun 2020 setelah dibunuh pada tahun 2015, teaser tersebut menunjukkan Lee Jin Woo yang berlari di sebuah lorong, Seo Gi Tae sedang berkempen dan Seo Jung In menangis teresak-esak. Teaser diakhiri dengan ayat: “Kebenaran yang melampau masa – Times.”

Times dijadualkan tayangan pada Februari 2021. Saksikan teaser dibawah.

Related posts

“Lovers Of The Red Sky” Mengekalkan Kedudukan Pertama, Rating “The King’s Affection” Sedikit Menurun

Zulaikha

“Hometown Cha-Cha-Cha” Berakhir Dengan Rating Tertinggi Sepanjang Siarannya

Zulaikha

Hometown Cha-Cha-Cha Catat Rating Hari Sabtu Tertinggi

Zulaikha

Yumi’s Cells Capai Rating Tertinggi, One The Woman & The Veil Catat Peningkatan

Zulaikha

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

iQiyi Umumkan Enam Siri Asli Korea dan Filipina

Kakimuvee

Leave a Comment