Bayangkan anda terperangkap dalam ribut dikawasan yang telah digenangi air, dan secara tiba-tiba, gelora besar datang kearah anda. Itulah pengalaman ngeri yang terpaksa dilalui dua beranak dalam filem seram akan datang berjudul Crawl.
Crawl mengisahkan Seorang wanita muda cuba menyelamatkan bapanya ketika ribut taufan Kategori 5. Bagaimanapun, dalam cubaannya itu, dia terperangkap dalam sebuah rumah yang banjir dan mendapati dirinya perlu melawan sekumpulan buaya ganas.
Diarahkan Alexandre Aja, filem edaran United International Pictures ini dibintangi beberapa pelakon seperti Kaya Scodelario, Barry Pepper, Ross Anderson, dan Anson Boon
Crawl akan menemui penonton tempatan mulai 11 Julai ini.