Camille Preaker, seorang wartawan jenayah yang mengalami ketagihan alkohol serta baru dikeluarkan dari pusatĀ psikiatri kerana mencederakan diri sendiri telah pulang ke kampung halamannya yang terletak di Wind Gap, Missouri. Tujuannya kesana ada untuk menyiasat pembunuhan dua remaja perempuan. Bagaimanapun, tugasannya telah membawa dirinya kepada kisah lampau yang menyebabkan dia perlu berhadapan dengan ‘syaitan’ dalam dirinya.
Dibintangi pelakon Amy Adams, rancangan televisyenĀ Sharp ObjectsĀ ini akan mula bersiaran pada 9 Julai (Isnin) ini setiap jam 9 pagi di saluran HBO (Astro Ch 411 / HD 431) dan siaran ulangan pada jam 10 malam, pada hari dan saluran yang sama. Episod baru akan disiarkan setiap hari Isnin pada waktu dan saluran yang sama.
Sharp ObjectsĀ diadaptasikan dari novel berjudul sama karya Gillain Flynn dan ia diarahkan pleh pengarah Jean-Marc Vallee dan ditulis oleh Marti Noxon dan penulis novel itu sendiri Gillian Flynn.
Selain Amy Adams, rancangan televisyen ini turut dibintangi olehĀ Patricia Clarkson, Chris Messina, Eliza Scanlen, Elizabeth Perkins, Matt Craven, Henry Czerny, Miguel Sandoval, Taylor John Smith, Sophia Lillis dan Madison Davenport.
Sharp ObjectsĀ akan bersiaran selama 8 episod mulai 9 Julai ini sehingga 27 Ogos 2019