Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Saksikan Poster Terbaru Filem James Bond “No Time to Die”


MGM telah melancarkan poster terbaru No Time to Die arahan Cary Joji Fukunaga yang menampilkan Daniel Craig dalam sut ikonik James Bond. Turut disahkan, filem terbaru James Bond ini kekal tarikh tayangannya pada 20 November 2020. Anda boleh saksikan poster dibawah sementara menantikan trailer terbaru akan dilancarkan esok!

No Time to Die berkisarkan tentang James Bond yang menjalani kehidupan yang tenteram di Jamaica selepas bersara dari dunia pengintipan. Tetapi apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA kembali untuk meminta pertolongan, dia terlibat dalam misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik. Ia sekaligus membawa dia menjejaki seorang penjenayah misteri yang memiliki teknologi baharu merbahaya.

Daniel Craig kembali memainkan peranan utama sebagai James Bond bersama-sama beberapa pelakon dari filem sebelumnya iaitu, Ralph Fiennes, Naomie Harris, Ben Whishaw, Rory Kinnear dan Jeffrey Wright.

Turut membintangi filem ini adalah Dali Benssalah, Billy Magnussen, Ana De Arma, David Dencik, Lashana Lynch, dan Rami Malek yang akan memainkan watak penjahat, serta Christopher Waltz yang kembali meneruskan peranannya sebagai Ernst Stavro Blofeld.

No Time to Die diarahkan oleh Cary Joji Fukunaga berdasarkan skrip yang ditulis oleh Neal Purvis, Robert Wade, Scott Z. Burns dan Fukunaga sendiri



Related posts

Christopher Nolan Antara Yang Dirisik Untuk Arahkan Filem Terbaru James Bond

Kakimuvee

Idris Elba Tidak Lagi Berminat Dengan Peranan James Bond Selepas Menerima Kecaman Berunsur Perkauman

Kakimuvee

Penerbit Tolak Mana-Mana Pelakon Muda Untuk Bawa Watak James Bond Seterusnya

Kakimuvee

Kaki Judi Bertaruh Siapa Akan Jadi James Bond Seterusnya, Henry Cavill Pilihan Utama

Kakimuvee

Sekuel Tomb Raider Dibatalkan Selepas MGM Hilang Hak Francais, Tempat Alicia Vikander Mungkin Akan Diganti Dengan Pelakon Baharu

Kakimuvee

MGM Bangunkan Filem Spin Off Creed, “Drago”

Kakimuvee