BeritaSiri TV

Saksikan Poster Promo THE BOYS Yang Agak “Lain Macam”

Views

Showrunner The Boys, Eric Kripke baru-baru ini mengesahkan bahawa produksi musim kedua siri adaptasi Dynamite Comics itu masih diteruskan dengan kesan khas dan bunyi dibuat secara jarak-jauh.

Setakat ini tarikh tayangan masih belum didedahkan, tetapi teaser trailer pertama telahpun dilancarkan pada tahun lalu.

Kini laman Twitter rasmi The Boys mendedahkan poster promosi terbaru yang menampilkan karakter Billy Butcher (Karl Urban), The Female (Karen Fukuhara), Mother’s Milk (Laz Alonso), “Wee” Hughie Campbell (Jack Quaid), dan The Frenchman (Tomer Kapon) sambil menunjukan isyarat luc*h dengan berlatarbelakangkan kumpulan ‘Superhero’ The Seven.

Anda boleh saksikannya dibawah.

Adaptasi dari komik berjudul sama ciptaan Garth Ennis dan Darick Robertson, siri televisyen The Boys menjanjikan rancangan yang ganas, suram dan menakutkan dalam membongkar sisi jahat adiwira.

The Boys dibintangi Karl Urban sebagai Billy Butcher, Jack Quaid sebagai Hughie, Laz Alonso sebagai Mother’s Milk, Tomer Kapon sebagai Frenchie, Jennifer Esposito sebagai Ejen CIA Susan L. Rayner, dan Karen Fukuhara sebagai the Female. Elisabeth Shue turut membintangi siri ini bersama-sama Erin Moriarty, Antony Starr, Dominique McElligott, Jessie T. Usher, Chace Crawford, dan Nathan Mitchell.

Musim pertama boleh distrim di platform Amazon Prime Video.

BACA:  Filem Ketiga MAMMA MIA! Bakal Dihasilkan

Tinggalkan Balasan

shares