Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Saksikan Poster Karakter Filem Bencana Terbaru Korea, “Ashfall”

CJ Entertainment telah mendedahkan poster karakter filem terbaru berjudul Ashfall / Baekdu Mountain arahan Lee Hae-Jun, serta Kim Byung-Seo. Filem ini dibintangi pelakon seperti Lee Byung Hun, Ha Jung Woo, Ma Dong Seok, Bae Suzy dan Jeon Hye Jin.

Filem aksi bencana ini berkisar mengenai orang-orang yang berjuang untuk mengelakkan letusan gunung berapi Gunung Baekdu di Korea Utara.

Lee Byung Hun akan memainkan ejen Korea Utara bernama Ri Jun Pyeong yang cuba menyekat letusan itu. Dia seorang agen utama tetapi dipenjarakan kerana mengintip. Ha Jung Woo akan memainkan peranan sebagai anggota pasukan EOD (Pakar letupan Korea Selatan) yang bernama Jo In Chang. Bae Suzy sebagai isteri Jo In Chang.

Ma Dong Seok pula membawa peranan sebagai Kang Bong Rae, seorang profesor geologi yang telah meramalkan letusan Gunung Baekdu.

Ashfall / Baekdu Mountain dijangka bakal memulakan tayangannya pada Disember ini.

Related posts

GET TO KNOW THE UP-AND-COMING YOUNG ACTORS OF LAW SCHOOL

Zulaikha

“Revolutionary Sisters” & “Bossam: Steal the Fate” Capai Penilaian Tertinggi Setakat Ini

Zulaikha

5 REASONS WHY NEW DRAMA SERIES MINE WILL COMPLETELY DAZZLE YOU

Zulaikha

Bintang “Vincenzo” Kuasai Top 4 Senarai Mingguan Pelakon Paling Popular

Zulaikha

Review Filem: Night in Paradise (2020)

Kakimuvee

“Imitation” Bermula Suram, “Taxi Driver” Kekal No. 1

Zulaikha