
Walt Disney Animation Studios telah melancakan trailer dan poster terbaru filem animasi Raya and the Last Dragon, yang memberikan rakaman terbaru kepada penonton. Anda boleh saksikan trailer dibawah.
Bintang Star Wars: The Last Jedi, Kelly Marie Tran akan menyuarakan watak utama, Raya, dan akan bergandingan dengan penyanyi Awkwafina sebagai suara naga, Sisu.
Raya and the Last Dragon merupakan filem epik fantasi penggembaraan dengan tema Asia Tenggara. Filem tersebut akan ditetapkan disebuah alam yang dipanggil Lumandra, iaitu sebuah tamadun purba. Lima puak telah membentuk tanah naga dan Raya telah dipilih untuk mencari naga yang terakhir
Don Hall dan Carloz Lopez Estrada mengarah filem ini bersama-sama Paul Briggs dan John Ripa sebagai pengarah bersama. Lakonlayar ditylis oleh Qui Nguyen dan Adele Lim, dan diterbitkan Osnat Shurer dan Peter Del.
Walt Disney Animation Studios menetapkan tarikh tayangan Raya and the Last Dragon pada 11 Mac 2021.