Official TrailerSlot Tempatan

Saksikan Pertarungan Hebat Dalam Trailer Rasmi Wira

Views

Astro Shaw dan GSC Movies telah melancarkan trailer rasmi filem aksi tempatan berjudul Wira yang memaparkan adegan-adegan aksi yang cukup mantap. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Hassan telah membawa diri meninggalkan keluarganya sejak kecil dan kemudian menyertai tentera kerana tidak sanggup melihat keluarga serta orang sekelilingnya dikawal oleh Raja. Dia kembali ke pangkuan keluarga setelah selesai berkhidmat untuk negara.

Demi menyelesaikan hutang adiknya Zain atas kekalahan pertandingan MMA yang dianjurkan oleh Raja, dia dan Zain perlu bertanding sekali lagi dengan anak-anak Raja, iaitu Vee dan Rayyan.

Diarahkan oleh Adrian Teh (Paskal), Wira dibintangi pelakon seperti Hairul Azreen, Henley Hii, Fify Azmi, Dain Said, Ismi Melinda, dan Yayan Ruhian.

Anda boleh saksikan filem ini dipawagam pada 21 November ini.

https://youtu.be/1M-7Uuo3Zto

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks