Official Trailer

Saksikan Penggembaraan Epik Buck Dalam Trailer The Call Of The Wild DisinI!

Views

 

20th Century Fox telah melancarkan trailer filem The Call of the Wild yang membawa anda kesebuah penggembaraan yang sukar untuk dilupakan. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Diadaptasikan dari novel klasik berjudul sama karya Jack London, The Call of the Wild berkisarkan tentang Buck, seekor anjing domestik yang bijak tetapi malang apabila diculik dari kediamannya di California, dan dibawa ke Alaskan Yukon semasa era Gold Rush pada tahun 1890an.

Sebagai ahli baru dalam pasukan sled anjing penghantar surat - sehinggalah menjadi pemimpun - Buck berpeluang merasai penggembaraan seumur hidup, akhirnya mencari tempat sebenar di dunia dan menjadi tuan kepada dirinya sendiri.

Filem hibrid animasi live action ini diarahkan oleh Chris Sanders berdasarkan skrip yang ditulis oleh Michael Green. Erwin Stoff bertindak selaku penerbit manakala Diana Pokorny sebagai penerbit eksekutif.

The Call of the Wild dibintangi pelakon seperti Harrison Ford, Dan Stevens, Omar Sy, Karen Gillan, Bradley Whitford dan Colin Woodell. Filem ini akan menemui penonton tempatan pada 20 Februari 2020.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks