Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Asia

Saksikan Pandangan Pertama Lee Dong Wook Dalam Teaser Drama “Hell Is Other People”

Teaser trailer terbaru Drama OCN Hell is Other People / Stranger From Hell telah dipaparkan kepada umum, dan ia turut berkongsi pandangan pertama Lee Dong Wook yang akan berperanan sebagai Seo Moon Jo, seorang doktor gigi.

Anda boleh tonton teaser trailer tersebut dipemain video dibawah.

Hell is Other People / Stranger From Hell mengisahkan tentang Yoon Jong-Woo (Im Si Wan) merupakan lelaki berusia 20-an. Dia tinggal di sebuah bandar kecil sepanjang hidupnya, tetapi dia mendapat kerja di sebuah pejabat kecil di Seoul.

Yoon Jong-Woo berpindah ke Seoul dan tinggal di sebuah apartment murah yang mana berkongsi dapur dan bilik air dengan penduduk lain. Yoo Jong-Woo tidak suka tinggal di situ dan dia tidak suka penduduk lain yang dirasakannya pelik dan mencurigakan.

Drama arahan Lee Chang-Hee ini akan keudara selama 10 episod setiap Sabtu dan Ahad (waktu Korea) mulai 31 Ogos ini. Turut membintangi drama ini adalah Lee Jung-Eun, Lee Hyun-Wook, Park Jong-Hwan, Lee Joong-Ok – Hong Nam-Bok dan beberapa pelakon lain.

Related posts

GET TO KNOW THE UP-AND-COMING YOUNG ACTORS OF LAW SCHOOL

Zulaikha

HBO MAX Original feature film LET THEM ALL TALK to premiere exclusively on HBO GO and HBO

Isqandar

“Revolutionary Sisters” & “Bossam: Steal the Fate” Capai Penilaian Tertinggi Setakat Ini

Zulaikha

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee

5 REASONS WHY NEW DRAMA SERIES MINE WILL COMPLETELY DAZZLE YOU

Zulaikha

Bintang “Vincenzo” Kuasai Top 4 Senarai Mingguan Pelakon Paling Popular

Zulaikha