Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Saksikan Molly’s Game Lakonan Jessica Chastain Pada Februari Ini

Molly’s Game merupakan sebuah filem bergenre drama jenayah yang diarahkan oleh Aaron Sorkin berdasarkan dari memoir Molly’s Game: From Hollywood’s Elite to Wall Street’s Billionaire Boys Club, My High-Stakes Adventure in the World of Underground Poker tulisan Molly Bloom.

Filem Molly’s Game dibintangi oleh  Jessica Chastain, Idris Elba, Kevin Costner, Michael Cera, Brian d’Arcy James, Chris O’Dowd, Bill Camp, Graham Greene, Claire Rankin, Joe Keery, dan Jeremy Strong, manakala lakonlayar ditulis oleh ditulis oleh Aaron Sorkin sendiri.


Peluncur ski Olimpik Molly Bloom telah menjalankan permainan poker paling eksklusif di dunia selama sedekad sebelum dia ditangkap oleh ejen FBI. Walaupun mempunyai pemain dari kalangan orang Hollywood dan mafia Rusia, rakan sekutunya adalah peguamnya iaitu Charlie, yang kemudian mengetahui lebih mendalam mengenai pelanggannya, berbeza dengan apa yang dibaca di akhbar.

Saksikan filem Molly’s Game yang akan mula ditayangkan di pawagam tempatan pada 8 Februari 2018

Related posts

Siri Asli Disney/Pixar CARS ON THE ROAD Akan Membuat Debut Pada Hari Disney+ Hotstar, 8 September Ini

Kakimuvee

[VIDEO] CAVE RESCUE: Misi Menyelamat Pelajar Yang Terperangkap Dalam Gua Tham Luang

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Kongsikan Trailer & Poster Terbaru Siri Star Wars “ANDOR’ Yang Akan Datang

Kakimuvee

Trailer & Poster Rasmi ABANG LONG FADIL 3 Telah Dilancarkan!

Kakimuvee

Klip Video She-Hulk: Attorney At Law Latihan Diantara Hulk & Jennifer

Kakimuvee

[TRAILER] Alami Ketakutan PENGABDI SETAN 2 – COMMUNION Apabila Ia Ditayangkan Di Pawagam 11 Ogos Ini

Kakimuvee

Leave a Comment