Saksikan Klip Terbaru Filem Angel Has Fallen

103
views

Kurang tiga hari sahaja lagi sebelum peminat dapat menyaksikan filem terbaru lakonan Gerard Butler, Angel Has Fallen. Bagi merancakan tayangan filem tersebut, mari kita tonton klip terbaru yang anda boleh tonton dipemain video dibawah

Dalam filem terbaru ini nanti, ejen Mike Banning (lakonan Gerard Butler) dituduh cuba melakukan pembunuhan terhadap President US dan beliau perlu mengelakkan menjadi buru agensinya serta FBI dan dalam masa yang sama membongkarkan ancaman yang sebenar.

Selain Butler, Morgan Freeman turut kembali dalam filem kali, dan wataknya dikembangkan menjadi Presiden US (Presiden Trumbull), menggantikan tempat Presiden Benjamin Asher yang dilakonkan oleh Aaron Eckhart. Pelakon lain yang turut membintang filem ini adalah Jada Pinkett Smith, Piper Perabo dan Sapir Azulay.

Filem ini diarahkan oleh Ric Roman Waugh manakala Gerard Butler turut bertindak selaku penerbit bersama-sama Alan Siegel, John Thompson, Matt O’Toole, Les Weldon, dan Yariv Lerner.

Angel Has Fallen akan menemui penonton tempatan pada 22 Ogos ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here