Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Saksikan Klip Terbaru Crisis On Infinite Earths Yang Memaparkan Lex Luthor & Pariah

Seminggu sebelum siaran perdana, The CW telah melancarkan klip teaser terbaru siri crossover yang paling dinantikan, Crisis on Infinite Earths yang menampilkan Nash Wells menjadi Pariah untuk krisis akan datang dan juga Lex Luthor. Anda boleh saksikan klip tersebut dipemain video dibawah.

Crisis on Infinite Earths berdasarkan siri komik terhad berjudul sama karya Marv Wolfman dan George Perez.

Crossover akan bermula dengan siri Supergirl pada Ahad, 8 Disember, diikuti Batwoman pada Isnin 9 Disember dan The Flash pada Selasa 10 Disember. Acara crossover akan berhenti seketika dan bersambung pada 14 Januari 2020 menerusi siri Arrow dan diakhir dengan siaran siri DC’s Legends of Tomorrow pada hari yang sama.

Brandon Routh akan memainkan dua peranan berbeza iaitu sebagai The Atom dan Superman. Selain itu juga beberapa pelakon akan kembali membawakan watak masing-masing seperti Tyler Hoechlin sebagai Clark Kent / Superman, Elizabeth Tulloch serta Erica Durance sebagai Lois Lane, Jon Cryer sebagai Lex Luthor, Tom Cavanagh sebagai Pariah dan LaMonica Garrett sebagai Anti-Monitor. Selain itu juga, Crisis on Infinite Earth akan turut menampilkan Black Lightning, Kevin Conroy Bruce Wayne dan Ashley sebagai Huntress

Dalam finale ‘crossover’ Elseworlds yang lalu, Monitor (LaMonica Garrett) memberi amaran kepada wira tentang “Krisis” yang akan berlaku.

Related posts

Trailer “Supergirl” Musim Ke-6 Goda Episod Terakhir Siri The CW

Kakimuvee

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

Teaser HOMETOWN CHA-CHA-CHA Goda Hubungan Romantik Mengasyikkan Dengan Pemandangan Tepi Pantai Yang Cantik

Zulaikha

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Leave a Comment