Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Saksikan Klip Pertama Filem Seram Sains Fiksyen “Underwater”

20th Century Fox telah melancarkan klip pertama filem seram sains fiksyen Underwater yang memaparkan para ‘survivor’ berbincang untuk cuba melarikan diri dari makhluk raksasa yang sedang memburu mereka. Anda boleh tontonnya menerusi permain video dibawah.

Underwater mengisahkan tentang sekumpulan krew pengkaji yang perlu menyelamatkan diri selepas makmal bawah laut mereka musnah akibat gempa bumi. Mereka bagaimanapun, terpaksa berhadapan dengan makhluk purba yang muncul secara tiba-tiba selepas kejadian bencana alam itu.

Filem ini dibintangi pelakon seperti Kristen Stewart, Vincent Cassel, Jessica Henwick, John Gallagher Jr., Mamoudou Athie, dan T.J. Miller

Skrip ditulis oleh Brian Duffield dan Adam Cozad, manakala penerbit terdiri daripada Peter Chernin, Tonia Davis dan Jenno Topping.

Walt Disney Studios Motion Pictures akan mengedarkan filem ini dan tarikh tayang telah ditetapkan pada 10 Januari 2020.

Related posts

Tonton Klip Terbaru Red Notice Yang Sarat Dengan Aksi

Kakimuvee

Trailer Army of Thieves Papar Kisah Silam Ludwig Dieter Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

TUDUM: Saksikan Klip Pembukaan ‘Cowboy Bepop’ Yang Sangat Klasik

Kakimuvee

TUDUM: Teaser Extraction 2 Tunjuk Nasib Chris Hemsworth Sebagai Tyler Rake

Kakimuvee

SERIGALA LANGIT TAYANG DI ASTRO FIRST 25 SEPTEMBER 2021

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Dune Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment