Official Trailer

Saksikan Klip Eksklusif Star Wars: The Rise of Skywalker. AMARAN SPOILER!!!

Views

Laman Facebook rasmi Star Wars Movies telah kongsikan klip terbaru Star Wars: The Rise of Skywalker yang memaparkan Kylo Ren sedang marah selepas mengentahui kebenaran yang cukup pahit. Anda boleh saksikan klip tersebut dipemain video dibawah (AMARAN! klip dibawah mengandungi SPOILER!).

Star Wars: The Rise of Skywalker dibintangi Daisy Ridley, Adam Driver, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o, Domhnall Gleeson, Kelly Marie Tran, Joonas Suotamo, dan Billie Lourd. Mereka akan disertai beberapa pelakon baru seperti Naomi Ackie, Richard E. Grant dan Keri Russell.

Selain itu juga, pelakon asal francais Star Wars iaitu Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3PO), dan Billy Dee Williams (Lando Calrissian) turut menyertai barisan pelakon lain. Watak Leia Organa yang dilakonkan oleh mendiang Carrie Fisher juga akan berada dalam filem akan datang dengan menggunakan footage yang tidak digunakan dari filem Star Wars: The Force Awakens.

Filem ini diarahkan oleh J.J. Abrams manakala skrip ditulis oleh Abrams sendiri bersama-sama Chris Terrio. Star Wars: The Rise of Skywalker akan menemui penonton pada 20 Disember ini.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks