Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Asia

Saksikan Kim Hee Sun Merentas Masa Untuk Bertemu Joo Won In Dalam Teaser Pertama “Alice”

SBS telah melancarkan teaser trailer pertama drama sains fiksyen terbaru mereka berjudul Alice (literal title)

Alice berkisarkan tentang seorang detektif (Joo Woo) yang mengentahui kewujudan seorang perentas masa yang datang dari masa depan menerusi peranti yang dikenali sebagai “Alice”. Ketika sedang menyiasat peranti tersebut, dia tela bertemu dengan seorang wanita yang telah meninggal dunia lama dahulu.

Teaser trailer tersebut dimulakan dengan ‘flashback’ Joo Woo semasa zaman persekolahannya, dengan Kim Hee Sun seolah-olah muncul sebagai ibunya, berjanji untuk percaya kepadanya tidak kira apa jua keadaan. Kemudiaan kedengaran suatu suara dimana seseorang telah berkata kepada Joo Won, “Saya sepatutnya menangkap lelaki yang membunuh ibu anda,” dan Joo Won membalas dengan dingin, “Saya akan menangkapnya sekarang.”

Kim Hee Sun muncul semula sebagai pembunuh berambut gelap dengan suara “Jika anda bertemu dengan seseorang yang pelik, beritahu saya dengan segera.” Seorang wanita mengulas bahawa perkara-perkara aneh telah berlaku di seluruh negara sejak kebelakangan ini, dimana Kim Hee Sun dan kemungkinan seorang lagi perentas masa yang lain telah menimbulkan malapetaka pada kehidupan orang ramai.

trailer berakhir dengan penyatuan Joo Won dan Kim Hee Sun, dimana Joo Woon berkata “Dia berkata dia adalah ibu perjalanan masa” dan Kim Hee Sun berkata, “Ini adalah nasib yang saya pilih. Kerana kau anakku. “

Anda boleh saksikan trailer Alice dibawah.

Alice akan disiarkan pada tahun ini.

Sumber: Soompi

Related posts

“Yumi’s Cells,” “One The Woman,” & “The Veil” Memulakan Pertarungan Rating Penonton

Zulaikha

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Finale “Hospital Playlist 2” Capai Penilaian Tertinggi Sepanjang Musim

Zulaikha

[VIDEO] Musim Ketiga Doom Patrol Season 3 Akan Ditayangkan Pada 23 September Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

iQiyi’s New Original Chinese-Language Series Rainless Love in a Godless Land Premieres On October 17th

Zulaikha

Leave a Comment