Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Saksikan Kebangkitan Madam Wong Dalam Trailer Filem Rise To Power

Laman penstriman video Iflix bakal menayangkan secara eksklusif dan percuma, sebuah filem spin-off terbaru dari KL Gangster Underworld – berjudul Rise to Power. Anda boleh saksikan trailer filem tersebut dipemain video dibawah.

Dalam Rise to Power, Dynas Mokhtar mengutuhkan lagi wataknya selaku Madam Wong, yang menceritakan tentang bagaimana satu-satunya wanita yang mengetuai geng KL bangkit berkuasa dengan kelicikan, keberanian, dan kekerasan. Dalam penceritaan masa silam tentang perjuangannya, May Wong menentang tradisi patriarki dalam keluarganya sambil merancang jalannya untuk menaiki takhta, tanpa sebarang belas kasihan.

Beberapa watak asal akan kembali dalam filem kali ini seperti Zan (Hasnul Rahmat), Tauke (Azhan Rani), Shah (Beto Kusyairy), Adi (Zahiril Adzim), dan Belut (Amerul Affendi), di samping “King” dari filem KL Gangster (2001) yang dilakonkan oleh Ridzuan Hashim.

Filem ini juga bakal memperkenalkan beberapa watak baru yang dilakonkan oleh Elvis Chin, Tony Eusoff (Saloma), dan Sharifah Sakinah (Girlfriend Aku Dari Neraka The Series).

Rise to Power akan ditayangkan secara eksklusif di Iflix pada 19 September ini. Penonton boleh menyaksikan francais KL Gangster yang lengkap di iflix dengan percuma; KL Gangster, KL Gangster 2 dan KL Gangster Underworld Musim 1, sebelum tibanya Rise to Power

Related posts

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

Trailer “Supergirl” Musim Ke-6 Goda Episod Terakhir Siri The CW

Kakimuvee

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

Teaser HOMETOWN CHA-CHA-CHA Goda Hubungan Romantik Mengasyikkan Dengan Pemandangan Tepi Pantai Yang Cantik

Zulaikha

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Leave a Comment