Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Slot Asia

Saksikan Jang Dong Yoon, Park Sung Hoon, & Kam Woo Sung Menentang ‘Undead’ Dalam Teaser Pertama “Joseon Exorcist”

SBS telah melancarkan teaser trailer drama fantasi aksi akan datang berjudul Joseon Exorcist, memaparkan pandangan pertama yang menakutkan. Anda boleh saksikan teaser dipemain video dibawah. 

Joseon Exorcist ditetapkan setelah penubuhan dinasti Joseon, dan ia mengisahkan tentang mayat yang kembali hidup setelah dibunuh oleh keluarga diraja. 

Jang Dong Yoon berperanan sebagai Putera Chungnyeong, seorang pemuda ulat buku yang terpaksa berperang untuk melindungi Joseon dari roh jahat. Kam Woo Sung berperanan sebagai Raja Taejong, seorang raja yang kejam dan bertekad untuk mengawal roh-roh jahat yang telah mengambil alih kerajaan, tetapi secara diam-diam menyimpan rasa bersalah keatas pertumpahan darah yang disertainya untuk membantu ayahnya menubuhkan dinasti Joseon. Park Sung Hoon berperanan sebagai Putera Yangnyeong, yang menandatangani kontrak berbahaya dengan roh jahat untuk melindungi orang tersayang.

Teaser dimulakan dengan keluarga diraja yang dimaklumkan mengenai kejadian misteri yang telah berlaku di salah satu pintu utama Hanyang (nama Joseon untuk Seoul). Park Sung Hoon dan pengikutnya tiba dipintu tersebut, dan menemui orang yang telah mati atau berubah menjadi ‘undead’ dengan mata hitam yang bersedia untuk menyerang. 

Kekacauan meletus di seluruh kerajaan ketika roh mayat hidup ini menyerang dengan kecepatan dan kekuatan yang luar biasa. Mayat hidup ini tidak mudah dibunuh dengan kaedah tradisional seperti pedang. Jang Dong Yoon mengambil pedang dan bersumpah untuk menyerahkan nyawanya untuk melindungi kerajaan, sementara orang lain memenjarakan beberapa roh, termasuk seorang anak kecil, untuk mencuba dan mengetahui motif serangan mereka.

Joseon Exorcist akan memulakan tayangannya pada Mac 2021. 

Related posts

NEW TRAILER & POSTER DEBUT FOR DISNEY’S “RAYA AND THE LAST DRAGON”

Isqandar

7 FAMILY K-DRAMAS YOU CAN ENJOY OVER LUNAR NEW YEAR

Zulaikha

“The Uncanny Counter” Kekal No. 1, Shin Hye Sun & Kim Jung Hyun Paling Popular

Zulaikha

“Royal Secret Agent” Terus Kukuh, “She Would Never Know” Cipta Rekod Peribadi

Zulaikha

Song Joong Ki Bertukar Menjadi Mafia Yang Tiada Perasaan Dalam Drama Terbaru Vincenzo

Zulaikha

Pelakon Korea Selatan, Song Yoo-Jung Meninggal Dunia

Zulaikha

Leave a Comment

Add your own review

Rating