Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Saksikan Han Hyo Joo, Kang Ha Neul, Lee Kwang Soo & Ramai Lagi Dalam Trailer Penuh-Aksi “The Pirates: Goblin Flag”

The Pirates: Goblin Flag telah mendedahkan trailer pertamanya!

The Pirates: Goblin Flag, merupakan sekuel kepada filem hit tahun 2014 bertajuk The Pirates, dan merupakan sebuah aksi penggembaran komedi mengenai sekumpulan pencari harta karun yang pergi ke luatan yang luas untuk mencari harta karun yang hilang. 


Kang Ha Neul memainkan peranan utama sebagai Woo Moo Chi, seorang ketua penyamun yang mengaku sebagai pendekar pedang terkemuka di Goryeo, manakala Han Hyo Joo membawa watak sebagai kapten lanun yang tegas dan pemilik kapal Hae Rang. Lee Kwang Soo akan memainkan watak Mak Yi, yang bercita-cita menjadi raja lanun; anggota EXO Sehun sebagai Han Goong, seorang pemanah berbakat; dan Kwon Sang Woo akan berperanan sebagai penjahat Boo Heung Soo, seorang pemberontak yang turut mencari harta karun yang hilang.

Treler baharu yang menarik itu bermula dengan gambaran sekilas tentang harta karun dan semua watak berbeza yang bermati-matian mencarinya. Woo Moo Chi memberitahu krewnya dengan wajah kecewa, “Harta karun! Harta karun!” Sementara itu, Mak Yi nampaknya bercerita kepada semua orang di kapalnya—tetapi ketika mereka semua merenungnya dengan penuh harapan, dia membuatkan mereka menjadi jengkel dengan tiba-tiba bertanya, “Tunggu, di manakah kita?”

Treler itu semakin lucu dengan mengusik perjalanan sukar yang menanti para lanun, yang  merangkumi ribut, gempa bumi dan banyak lagi halangan yang menakutkan. Pada satu ketika, Woo Moo Chi berkata, “Saya akan tinggal di sini dan menjaga kapal itu,” tetapi Hae Rang, yang tidak teruja, bertindak balas dengan menendangnya dari kapalnya dengan senyuman masam.

Di tengah-tengah aksi yang padat, kapsyen menjanjikan gabungan “aksi, komedi dan cinta”. Klip itu berakhir dengan Hae Rang bertanya kepada Woo Moo Chi dengan matanya bersinar, “Bolehkah kita pergi?” Dia menjawab, “Haruskah kita?”

The Pirates: Goblin Flag akan ditayangkan di Korea Selatan pada awal 2022.  

Sumber: Soompi

Related posts

“Big Mouse” Menjadi Drama Paling Popular Untuk Minggu Ketiga Berturut-Turut

Zulaikha

“Extraordinary Attorney Woo” Pecah Rekod Peribadi, Cipta Sejarah Rating Tertinggi Untuk Saluran ENA

Zulaikha

Seo In Guk, Jung So Min & Jang Dong Yoon Terperangkap Di Lautan Neraka Dalam Filem Terbaru “Project Wolf Hunting”

Kakimuvee

Trailer WEDNESDAY Goda Misteri, Kekacauan & Pembunuhan Untuk Siri Terbaru Netflix

Kakimuvee

India Remake K-Drama Popular “Flower Of Evil”

Kakimuvee

Konspirasi Bertembung Dalam K-Drama Akan Datang “May It Please The Court”, Akan Debut Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar

Zulaikha

Leave a Comment