Siri TV

Saksikan Gambar Terbaru THE BOYS Musim Kedua Yang Menampilkan Homelander & Billy Butcher

Views

Meskipun produksi The Boys musim kedua ditangguhkan akibat pandemik COVID-19, penulis dan penerbit Eric Kripke tetap berkerja keras untuk musim terbaru siri Amazon itu. Terbaru, beliau telah kongsikan beberapa gambar terbaru The Boys musim kedua. Anda boleh saksikannya dibawah.

Bayangkan apabila adiwira menjadi popular seperti selebriti, dapat mempengaruhi politik, diangkat sebagai dewa dan yang paling menakutkan, menyalahgunakan kelebihan mereka sebagai adiwira untuk kepentingan diri sendiri. The Boys mengisahkan tentang sekumpulan individu biasa yang berusaha membongkar kebenaran tentang sekumpulan adiwira yang korup dikenali sebagai “The Seven”.

Adaptasi dari komik berjudul sama ciptaan Garth Ennis dan Darick Robertson, siri televisyen The Boys menjanjikan rancangan yang ganas, suram dan menakutkan dalam membongkar sisi jahat adiwira.

The Boys dibintangi Karl Urban sebagai Billy Butcher, Jack Quaid sebagai Hughie, Laz Alonso sebagai Mother’s Milk, Tomer Kapon sebagai Frenchie, Jennifer Esposito sebagai Ejen CIA Susan L. Rayner, dan Karen Fukuhara sebagai the Female. Elisabeth Shue turut membintangi siri ini bersama-sama Erin Moriarty, Antony Starr, Dominique McElligott, Jessie T. Usher, Chace Crawford, dan Nathan Mitchell.

BACA:  Pelakon THE FLASH Meninggal Dunia Pada Usia 16 Tahun

Musim pertama boleh distrim di platform Amazon Prime Video

Tinggalkan Balasan

shares