Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Saksikan Gambar-Gambar Terbaru Filem IT Chapter 2


Laman web Entertainment Weekly telah berkongsikan kepada peminat gambar-gambar terbaru filem IT Chapter 2. Gambar-gambar tersebut menampilkan ahli kumpulan ‘The Losers’ Club’ berkumpul kembali selepas 27 tahun untuk menghapuskan Pennywise buat selama-lamanya.

Anda boleh lihat-lihat gambar menarik IT Chapter Two dibawah.

IT Chapter 2 ditulis oleh Gary Dauberman manakala Andy Muschietti sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengarahkan sekuel selepas beliau berjaya mengarahkan filem pertama IT. 

Sekuel kali ini menyaksikan ahli kumpulan “The Losers’ Club” yang sudah dewasa, kembali ke kampung halaman mereka iaitu Derry, Mine. Tujuan mereka kembali adalah untuk menghentikan serta menamatkan keganasan yang dilakukan badut Pennywise sepertimana mereka lakukan 27 tahun dahulu.

Aktor James McAvoy, Jessica Chastain, Bill Hader, Isaiah Mustafa, Jay Ryan, James Ransone, dan Andy Bean akan membawakan watak ahli kumpulan The Losers’ Club yang telah dewasa.


Manakala Jaeden Lieberher, Sophia Lillis, Finn Wolfhard, Chosen Jacobs, Jeremy Ray Taylor, Jack Dylan Grazer, dan Wyatt Oleff akan kembali membawakan watak masing-masing dalam sekuel kali ini, iaitu ahli The Losers’ Club ketika kanak-kanak. Bill Skarsgård seperti biasa, meneruskan wataknya sebagai Pennywise.

IT Chapter 2 akan menemui penonton pada 6 September 2019.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

9 Filem Seram Yang Anda Boleh Tonton Di Netflix

Kakimuvee

8 Filem Seram Yang Mempunyai Plot Twist Yang Tidak Dijangka

Natasha

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee