Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Saksikan Filem Seram Thailand, Nakee 2 Yang Akan Ditayangkan 18 Julai Ini


TGV Pictures membawakan kepada anda filem seram dari Thailand berjudul Nakee 2 yang akan mula ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan pada 18 Julai ini.

Nakee 2 mengisahkan tentang Sroy (Urassaya Sperbund), seorang gadis yang dilahirkan dan tinggal di perkampungan Don Mai Pah, utara Thailand. Dia dibesarkan dengan kepercayaan Jao Mae Nakee serta membantu neneknya menjual bunga kepada pengunjung yang menyembah Jao Mae Nakee. Dia juga turut menjaga tugu batu Jao Mae Nakee sejak dari kecil, dan disebabkan itu hubungannya dengan Jao Mae Nakee begitu kuat.

Satu hari, seorang detektif polis, Captain Pongprap (Nadech Kugimiya) telah dipindahkan ke balai polis Don Mai Pah, dan dia mendapat banyak berlaku kes pembunuhan kejam. Kebanyakkan kes tidak diselesaikan dan penuh denan misteri.

Penduduk kampung percaya, kes pembunuhan tersebut dilakukan oleh Jao Mae Nakee dan mengaitkan dengan kejadian pembunuhan itu dengan Sroy disebabkan hubungan gadis itu dengan tugu batu Nakee. Sebagai anggota polis, Pongprap tidak percaya kepada kejadian mistik dan hantu serta tidak percaya dengan tuduhan tidak berasas terhadap gadis tersebut. Jadi dia mula mencari kebenaran disebalik jenayah misteri yang berlaku di perkampungan Don Mai Pah.

Filem seram ini diarahkan oleh Pongpat Wachirabunjong dan dibintangi Urassaya Sperbund, Nadech Kugimiya, Natapohn Tameeruks, Phupoom Pongpanu



Related posts

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee