Slot Tempatan

Saksikan Filem GERAN Pada Hari Raya Ke-6 Di TV Al-Hijrah

Views

Filem aksi persilatan, Geran menjadi salah satu filem tempatan yang paling mencuri perhatian pada tahun lalu. Walaupun tidak dibarisi pelakon-pelakon ternama, ia masih mampu memberikan sebuah naskah telah lama dinantikan-nantikan peminat.

Kini, para peminat berpeluang untuk menonton semula filem Geran apabila ia akan mula ditayangkan di kaca televisyen pada Hari Raya ke-6 (Jumaat), jam 9 malam di saluran TV Al-Hijrah.

 

View this post on Instagram

 

Makan apa tu? Jangan dok pi merayau la. Kita pakat duduk kat rumah tengok tv. . Hari Jumaat ni 29 Mei tunggu depan tv jam 9 malam tau! . Ingat naaa hari raya ke-6! Kak Timah nak mai rumah kita! . Dari Perlis sampai ke Sabah semua boleh tengok filem Geran secara PERCUMA kat TV AlHijrah! . P/s: Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari Mat Arip 🙏🏻 . #dudukrumah #kitajagakita #filemgeranrayake6 #tvalhijrah #FilemGeran Para pendukung: @lekiuqohar @feiynataj @_nam_ron_ @fad_anuar @azlankomeng @taiyuddinbakar @megat_sharizal @aeril_zafrel @niezamzaidi @adamshahz @arisfauz1 @tok_lekir @yusran_hashim . Runut Bunyi #FilemGeran: #MenyemaiKemungkinan @salammusik . Arahan: @areelabubakar #PusakaKitaMaruahKita #LayarPictures #PencakSilat #Geranian

A post shared by Filem Geran (@filemgeranofficial) on

Filem arahan Areel Abu Bakar ini mengangkat seni silat Gayong dalam mempersembahkan adegan-adegan aksinya, dan dijamin akan memberikan satu kepuasan yang tidak terhingga.

Geran berkisarkan tentang Ali dan Fatimah tertekan dengan adik bongsu mereka, Mat Arip, apabila dia gagal pulang ke rumah bersama geran tanah pusaka mereka. Kini Ali perlu mencari Mat Arip, yang telah terjebak ke jalan yang salah dan terbabit dengan perjudian serta lumba kereta haram, dan membawanya pulang ke pangkuan bapa mereka, Pak Nayan.

Filem aksi ini dibintangi pelakon seperti Namron, Fatimah Abu Bakar, Khoharullah, Feiyna Tajudin serta beberapa pelakon lain.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks