Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Saksikan Filem Aksi Penggembaraan Jepun Berjudul Kingdom Pada Julai Ini


Primeworks Studios membawakan kepada anda filem aksi penggembaran Jepun berjudul Kingdom yang akan mula ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan Julai nanti.

Kingdom merupakan filem yang diadaptasikan dari manga berjudul sama karya Yasuhisa Hara dan diterbitkan oleh Shueisha.

Filem arahan Shinsuke Sato ini akan berlatarbelakangkan zaman China purba, di mana seorang anak yatim, Shin, mengimpikan untuk menjadi seorang jeneral demi mengubah status hidupnya yang rendah sebagai hamba.

Pengembaraannya untuk menjadi jeneral terhebat Kerajaan Qin bermula apabila dia dan Eisei, budak lelaki yang bakal menjadi maharaja Qin, mula bersekutu. Mereka bekerjasama untuk menuntut semula takhta Eisei dan menyatukan Negeri-negeri Berperang.

Filem ini dibintangi Kento Yamazaki, Ryo Yoshizawa, Masami Nagasawa, Kanna Hashimoto dan Kanata Hongo.


Jangan lupa saksikan filem Kingdom yang mula ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan pada 18 Julai 2019.


Related posts

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

Review Filem: Zom 100: Bucket List of the Dead (2023)

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee