Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Saksikan Fate/Stay Night: Heaven’s Feel I Di Pawagam Tempatan

Filem anime Fate/stay night: Heaven’s Feel I, Presage Flower merupakan filem anime pertama dalam trilogi Fate/stay night: Heaven’s Feel yang dirancang oleh studio Ufotable. Diarahkan oleh Tomonori Sudō dan ditulis oleh Akira Hiyama, Fate/stay night: Heaven’s Feel I, Presage Flower akan ditayangkan di Malaysia pada 1 Februari 2018.

Siri anime ini mengisahkan, adik Rin Tohsaka iaitu Sakura Mato telah dihantar ke rumah Mato untuk menjadi anak angkat. Di sana dia menjalani latihan menyeksakan demi menjadikan dirinya seorang Master Holy Grail berkuasa. Sakura sepatutnya tidak menyertai Perang Holy Grail, tetapi setelah dia mula menjalin hubungan dengan Shirou, dia menjadi pengubah besar dalam Perang Holy Grail dan memaksa Shirou untuk mengundurkan diri.

Antara pelakon suara filem anime ini adalah Noriko Shitaya, Ayako Kawasumi, Jouji Nakata, Kana Ueda, Noriaki Sugiyama, Yuu Asakawa dan Mai Kadowaki

Fate/stay night: Heaven’s Feel telah mendapat rating sebanyak 7.2/10 di laman web IMDb. Jadi kepada peminat-peminat anime, saksikan filem ini yang akan ditayangkan mulai 1 Februari 2018.

Related posts

Jangan Lupa Saksikan Musim Terakhir “Snowdrop” & Menangi Poster Yang Ditandatangani Oleh Jung Hae-In & Jisoo.

Kakimuvee

CEO Netflix Sahkan Musim 2 “Squid Game”

Kakimuvee

Netflix Dedah Gambar Terbaru Seohyun Dari Filem “Love and Leashes”

Kakimuvee

Park Ji Hu, Yoon Chan Young, Cho Yi Hyun, & Lomon Hadapi Bahaya Dalam Poster “All Of Us Are Dead”

Kakimuvee

Saksikan Teaser Trailer & Poster Drama Thriller Terbaru Disney+ “Grid”

Zulaikha

Peserta “Single’s Inferno” Free Zia Ancam Untuk Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Komen Berniat Jahat

Zulaikha

Leave a Comment