Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Saksikan “Fan-Art” Mortal Kombat Yang Sangat Memukau Dari Pereka Grafik BossLogic


Sejak Joe Taslim dipilih untuk memainkan peranan ‘Sub-Zero’ dalam filem reboot Mortal Kombat sehinggalah pelakon dari Jepun, Hiroyuki Sanada dipilih sebagai ‘Scorpion’, pereka grafik terkenal Bosslogic telah mengeluarkan beberapa karya Mortal Kombat yang memaparkan para pelakon dengan watak-watak mereka.

Sudah tentu, ‘fan-art’ watak-watak Mortal Kombat yang dihasilkan Bosslogic tersangatlah menarik dan mampu memukaukan mata anda.

Jadi kami di Kakimuvee ingin berkongsikan beberapa ‘fan-art’ watak Mortal Kombat hasil kerja tangan Bosslogic yang mampu membuatkan anda tidak sabar untuk saksikan filem adaptasi permainan video itu.

Joe Taslim / Sub-Zero

https://www.instagram.com/p/BzuMw0qAMJB/?utm_source=ig_web_copy_link

Ludi Lin / Liu Kang

https://www.instagram.com/p/B1OproGgfoE/?utm_source=ig_web_copy_link


Mehcad Brooks / Jax

https://www.instagram.com/p/B1QMpAKgCoy/?utm_source=ig_web_copy_link

Sisi Stringer / Mileena

https://www.instagram.com/p/B1QXCjaAbIw/?utm_source=ig_web_copy_link

Tadanobu Asano / Raiden

https://www.instagram.com/p/B1Wl1ZAArO5/?utm_source=ig_web_copy_link

Hiroyuki Sanada / Scorpion

https://www.instagram.com/p/B1vXLdMAfUd/?utm_source=ig_web_copy_link

Chin Han / Shang Tsung

https://www.instagram.com/p/B1wHbwKA58D/?utm_source=ig_web_copy_link

Turut membintangi filem ini adalah Jessica McNamee sebagai Sonya Blade dan Lewis Tan yang mana wataknya masih lagi tidak diketahui.

Mortal Kombat akan mengisahkan tentang seorang protagonis yang terlibat dalam pertarungan interdimensi, dan kemudiannya menyedari potensi sebenar selepas bertarung dengan lawan-lawannya.

James Wan dan syarikatnya, Atomic Monster akan menerbitkan filem ini bersama-sama Todd Garner. Larry Kasanoff, E. Bennet Walsh, Michael Clear dan Sean Robins akan bertindak selaku penerbit eksekutif. Simon McQuoid akan mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Greg Russo

Mortal Kombat pertama kali diangkat ke layar perak pada tahun 1995, dan diarahkan oleh Paul W.S. Anderson. Filem sekuel berjudul Mortal Kombat: Annihilation menyusul dua tahun kemudianBagaimanapun, kritikan teruk yang diterima Mortal Kombat: Annihilation telah menyebabkan penghasilan filem ketiga dibatalkan oleh pihak studio.

Penggambaran akan dilakukan di Australia pada penghujung tahun ini dan bakal menemui penonton pada 5 Mac 2021.

Sumber: Instagram Bosslogic


Related posts

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee