Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
TriviaVideo

Saksikan Evolusi Sut Iron Man Dalam Video Terbaru Marvel


Tony Stark aka Iron Man (Robert Downey Jr.) memberikan kesan besar dalam perjalanan Marvel Cinematic Universe (MCU). Bermula pada 2008 menerusi filem Iron Man,Ā karakter adiwira itu secara perlahan-lahan membina ikatan yang kuat dikalangan penonton.

Tidak seperti kebanyakan ahli Avengers yang lain, Tony Stark hanyalah manusia biasa yang bergantung sepenuhnya pada sut armor bagi menjalankan tugasanya sebagai adiwira. Namun, IQnya tinggi dan sumber kekayaan yang begitu banyak membolehkan Stark untuk meningkatkan teknologi sut armornya.

Sut pertama Stark bagaimanapun bukan dibuat untuk tujuan pertempuran, sebaliknya ia dicipta bagi membolehkannya melepaskan diri dari menjadi tawanan di Afghanistan. Dengan sumber yang terhad dan dalam keadaan yang cukup teruk, dia berjaya menyiap sut pertama dengan bantuan pakar bedah Ho Yinsen (Shaub Toub).

Sejak dia mencipta sut pertamanya, Tony Stark sedaya-upaya tidak menyerahkan teknologinya kepada orang lain kerana bimbang ia akan membawa lebih banyak keburukan dari kebaikkan. Sebaliknya, dia menggunakan teknologi itu untuk menjaga keamanan dan menjalankan pelbagai misi sehinggan kematiannya dalam filemĀ Avengers: Endgame.Ā 

Dalam sebuah video promosi yang dilancarkan Disney+, ia memaparkan evolusi sut Iron Man bermula dari Mark I dari filem pertamaĀ Iron ManĀ sehinggalah yang digunakannya dalamĀ EndgameĀ iaitu Mark 85. Video tersebut turut memaparkan butiran mengenai sut-sut Iron Man dan dimana peminat boleh melihatnya.


Anda boleh saksikan video tersebut dibawah.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee