Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Saksikan Drama Bersiri Lockdown 2 Di Saluran Astro Ria Bermula 6 Jun Ini


Drama bersiri ‘Lockdown 2’ yakni terbitan U2 Media Sdn Bhd memaparkan kisah masyarakat yang terpaksa menempuhi cabaran-cabaran selepas negara dilanda wabak Covid-19 dan impaknya terhadap kehidupan setiap manusia. Drama terkini keluaran Astro Ria ini merupakan kesinambungan daripada musim pertama yang mengimbau kembali kesusahan serta pengorbanan barisan ‘Frontliners’ dalam usaha menghentikan penularan wabak ini.

Penceritaan menerusi 20 episod ini mengisahkan kehidupan empat buah keluarga dalam menghadapi impak Covid-19 sepanjang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam situasi yang berbeza. Cerita pertama mengisahkan Kak Sal yang perlu menghadapi cabaran disebabkan kerenah anak-anaknya yang sentiasa tidak mendengar kata sepanjang pandemik berlaku serta keadaan ibunya yang sudah larut usia.

Penceritaan drama ini disambung pula dengan kisah pengorbanan sebuah pasangan suami isteri, Fitrah dan Ramadhan yang bertugas sebagai frontliner ketika pandemik. Dengan peningkatan kes-kes Covid-19, Fitrah dan Ramadhan perlu menghadapi cabaran apabila kesemua hospital penuh dengan pesakit-pesakit yang dijangkiti, termasuklah ibu bapa Fitrah sendiri. Keadaan menjadi lebih serius apabila Fitrah yang juga sedang hamil dijangkiti wabak ini sehingga meragut nyawanya. 

Kisah seterusnya berkisar tentang Radhi, seorang peniaga yang mementingkan diri hanya untuk keuntungan dirinya sendiri. Radhi telah dijangkiti  Covid-19 tetapi dia mengelak daripada memberitahu orang sekelilingnya. Malah, dia masih pergi ke pasar malam untuk berniaga dan berjumpa dengan ‘Reseller’. Oleh kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab, rakan seniaganya, Kamarul juga dijangkiti wabak ini. 

Kamarul menjaga SOP dengan ketat walaupun berkuarantin di rumah kerana tidak mahu berjauhan dengan isterinya yang sarat mengandung. Namun, takdir tidak dapat diubah apabila ia akhirnya membawa kematian kepada isterinya yang bakal melahirkan anak mereka dalam masa dua minggu lagi. 


Drama yang penuh dengan pengisian kisah benar ini mengangkat nama-nama barisan pelakon yang hebat seperti Janna Nick sebagai Lola, Rozita Che Wan sebagai Kak Sal, Shera Aiyob sebagai Fitrah, Zahiril Adzim sebagai Ramadhan dan Amerul Affendi sebagai Kamarul yang mampu membuka mata masyarakat tentang usaha pihak frontliners kita yang sudah bersusah-payah menyelamatkan negara.  

Drama ‘Lockdown 2’ ini merupakan arahan sutradara yang berbakat besar, Izuan Mokhtar dan turut didukung oleh barisan pelakon hebat seperti Mimi Ernida, Wan Maimunah, Dini Schatzmann, Zulaika Zary dan Sabhi Saddi. 

Drama ‘Lockdown 2’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin, jam 11.00 malam bermula 6 Jun 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee