Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Saksikan Disney+ Hotstar Sekarang Di Kaca TV Menerusi Astro Ultra Box


Siaran Media:

Astro terus menambah baik pengalaman pelanggan dengan menyepadukan perkhidmatan penstriman global dengan siaran langsung sukan antarabangsa dan rancangan kegemaran Malaysia dalam satu platform, menjadikannya destinasi hiburan terulung yang tiada tandingan bagi rakyat Malaysia.

Mulai 28 April 2022,  para pelanggan boleh menikmati rancangan kegemaran Disney+ Hotstar termasuk Moon  Knight dari Marvel Studios, drama Korea seperti Crazy Love, Soundtrack #1 dan Going  to You at a Speed of 493km, serta siri baru The Kardashians dan filem pemenang Anugerah Akademi Encanto, yang memenangi Oscar untuk Filem Animasi Terbaik; dan filem daripada Pixar, Turning Red yang merupakan tayangan perdana filem nombor satu  di Disney+ Hotstar di seluruh dunia setakat ini (berdasarkan bilangan jam yang ditonton  dalam tiga hari pertama) di kaca TV mereka melalui Ultra Box. 

Disney+ Hotstar ialah platform penstriman khusus untuk cerita-cerita global, serantau  dan Malaysia. Ia menghimpunkan filem-filem terkenal Hollywood dan kandungan yang  memenangi anugerah daripada Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan banyak lagi, menyediakan pelbagai tajuk daripada studio  Malaysia terpilih dan portfolio kandungan bahasa tempatan yang unik dan berkembang  dari Asia Pasifik. Disney+ Hotstar menawarkan pelbagai jenis program termasuk filem panjang berciri asli, siri aksi langsung dan animasi serta kandungan bentuk pendek dan  dokumentari. 

Pelanggan sedia ada yang melanggan Pek Movies, Premium 1, Premium 3 dan Platinum akan mempunyai akses kepada Disney+ Hotstar dengan hanya perlu klik pada  aplikasi Disney+ Hotstar di laman utama Ultra Box dan pada masa yang sama,  memulakan proses log masuk pada skrin melalui tv.hotstar.com pada peranti lain. Proses  yang mudah diikuti ini akan membolehkan pelanggan log masuk dengan nombor mudah  alih dan kemudian memasukkan kod unik dari skrin TV mereka. 


Pengalaman Astro serba baharu ini direka cipta untuk membolehkan pelanggan  menstrimkan semua rancangan kegemaran mereka di satu tempat, dengan antaramuka intuitif sambil menerima hanya satu bil. Inilah masa paling sesuai untuk mendaftar, dengan pelbagai promosi menarik di www.astro.com.my.

Pelanggan baharu yang  mendaftar untuk Pek Platinum dengan kontrak 24 bulan boleh menikmati 60 hari di Astro  termasuk akses percuma kepada kandungan Sports Extra selama 24 bulan. Untuk  maklumat lanjut mengenai Pek Platinum, sila klik https://bit.ly/PlatinumPack60DaysOnUs. Sebagai alternatif, pelanggan baharu Movies  Pack boleh menikmati pek tersebut selama 30 hari secara percuma.

Untuk butiran lanjut,  sila klik bit.ly/MoviesPack30DaysOnUs


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee