Marvel Studio telah melancarkan trailer antarabangsa rasmi filem mereka akan datang, Black Panther. Anda boleh tonton trailer berkenaan dibawah.
Black Panther diarahkan oleh pengarah Ryan Coogler manakala lakonlayar ditulis oleh beliau sendiri bersama-sama Joe Robert Cole. Selain dibintangi Chadwick Boseman sebagai T’Challa aka Black Panther, filem ini juga turut dibintangi Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett, Forest Whitaker, dan Andy Serkis.
Selepas event Captain America: Civil War, T’Challa pulang ke negara asalnya Wakanda. Tetapi beliau kini berhadapan dengan musuh lamanya yang ingin menjatuhkan negaranya dan mencetuskan perang dunia. T’Challa perlu bekerjasama dengan ejen CIA, Everett K. Ross serta Dora Milaje – anggota pasukan khas Wakanda untuk menghalang niat musuh lamanya itu.
Black Panther dijangka akan ditayangkan dipawagam US pada 16 Februari 2018 manakala pawagam Malaysia dijangka akan menayangkan filem ini satu minggu lebih awal.