Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Saksikan Bahagian Akhir Rompakan Terhebat Tahun Ini Dalam “Money Heist: Korea – Joint Economic Area Part 2”


Gang kegemaran kita akan kembali pada 9 Disember ini dalam Money Heist: Korea – Joint Economic Area Part 2. Bahagian 1 yang ditayangkan pada 24 Jun telah mengungguli ‘Global Non-English Top 10‘, membuka tayangannya dengan jumlah tontonan sebanyak 33.7 juta jam!

Trailer yang baru dikeluarkan menunjukkan PROFESOR (Yoo Ji-tae) dan kumpulan yang tidak sesuai bergelut untuk melarikan diri dengan selamat dengan wang sambil komited untuk menunjukkan kepada dunia siapa pencuri sebenar.

Di hadapan, pelbagai ancaman sedang menanti mereka dan pasukan operasi bersama menyedari bahawa terdapat satu kuasa yang berpengaruh membantu pasukan rompakan itu. Apabila semuanya kelihatan suram, watak baharu, SEOUL(Im Ji-yeon), muncul di hadapan pasukan rompakan yang sedang terancam.

Money Heist: Korea – Joint Economic Area Part 2 akan membongkar kesudahan rompakan yang mendebarkan dan menakjubkan dengan PROFESSOR, gang itu, dan watak baharu pada 9 Disember ini, hanya di Netflix.


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee