Tak sabar menantikan aksi raksasa Godzilla di layar perak? Apa kata kita tonton dahulu trailer pertama Godzilla: King of the Monsters yang telah dilancarkan oleh studio Warner Bros. anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.
Filem sekuel Godzilla ini diarahkan oleh Michael Dougherty manakala skrip ditulis oleh Dougherty sendiri bersama-sama Zach Shields.
Antara pelakon yang membintangi filem ini adalah Vera Farmiga, Millie Bobby Brown disamping dua pelakon dari filem pertama, Sally Hawkins dan Ken Watanabe serta beberapa pelakon lain iaitu Bradley Whitford, Thomas Middleditch, Charles Dance, O’Shea Jackson Jr., Aisha Hinds dan Zhang Ziyi
Godzilla: King of Monster akan memberi fokus kepada agensi rahsia kerajaan yang dikenali sebagai Monarch berhadapan dengan beberapa lagi raksasa selain Godzilla yang mula muncul. Mereka perlu merangka strategi serta perancangan rapi untuk melindungi manusia dari raksasa-raksasa selain Godzilla iaitu Mothra dan Rodan, serta musuh ketat kepada Godzilla, King Ghidorah.
Godzilla: King of Monster dijangka akan ditayangkan pada 31 May 2019