Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Saksi Aura Kejahatan Yang Menakutkan Dalam Trailer Filem Ratu Ilmu Hitam


Rapi Films telah melancarkan trailer pertama filem seram terbaru berjudul Ratu Ilmu Hitam, sebuah filem remake Suzzana: Ratu Ilmu Hitam yang diterbitkan pada 1981. Anda boleh saksikan trailer menakutkan ini dipemain video dibawah.

Ratu Ilmu Hitam berkisarkan tentang Hanif yang membawa isterinya, Nadya serta anak ketiga mereka ke sebuah rumah asuhan untuk melawat Pak Bandi, penjaga Hanif sejak kecil yang kini sedang terlantar sakit. Dua sahabat Hanif semasa dirumah asuhan iaitu Anton dan Jefri turut datang melawat bersama isteri-isteri mereka.

Memandangkan pusat asuhan tersebut amat jauh dari kota dan perkampungan penduduk, mereka membuat keputusan untuk bermalam di rumah Pak Bandi disamping menjaga orang yang mengasuh mereka sejak kecil. Namun, malam yang tenang bertukar menjadi menakutkan apabila berlaku pekara-pekara aneh sehingga menyebabkan seorang demi seorang terkorban. Semuanya disebabkan dendam kesumat, hasil dari dosa-dosa anak-anak asuhan yang menjelmakan Ratu Ilmu Hitam.

Filem ini diarahkan oleh Kimo Stamboel berdasarkan cerita yang ditulis oleh Joko Anwar. Ianya dibintangi pelakon seperti Hannah Al Rashid, Ario Bayu, Imelda Therinne, Miller Khan, dan Tanta Ginting.

Ratu Ilmu Hitam akan ditayangkan di pawagam tempatan mulai 14 November ini dan diedarkan GSC Movies.



Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee