Dilaporakan Joel David Moore akan kembali membawakan watak saintis Norm Spellman dalam sekuel filem Avatar akan datang.
Menurut laman web Deadline mengesahkan berita tersebut dan Joel akan menyertai beberapa nama lain sepertiĀ Sam Worthington, Zoe Saldana, Stephen Lang dan Sigourney Weaver.
Sekuel Avatar akan diterbitkan oleh James Cameron dan Jon Landau melalui syarikat penerbitan mereka, Lighstorm Entertainment. James Cameron juga akan bertindak sebagai pengarah dan penulis untuk filem ini bersama-sama beberapa penulis lain sepertiĀ Rick Jaffa, Amanda Silver, Josh Friedman, dan Shane Salerno
Beberapa minggu yang lalu, 20th Century Fox dan Lightstorm Entertainment mengumumkan tarikh tarikh tayangan filem Avatar menerusi laman web rasmi mereka (Avatar Facebook page).
Filem kedua akan ditayangkan pada 18 Disember 2020 diikutii filem ketiga pada 17 Disember 2021 manakala filem keempat dan kelima dijangka akan ditayangkan pada 20 Disember 2024 dan 19 Disember 2025.