
Bersedia untuk musim keempat drama OCN Voice!
Pada 19 Oktober, terdapat sumber melaporkan bahawa Voice dalam proses pencarian pelakon untuk musim keempat, yang mana ia mensasarkan tayangan pada Jun tahun hadapan.
Kemudian, OCN secara rasmi mengesahkan laporan tersebut dengan mengatakan bahawa drama popular itu dijadualkan untuk kembali pada tahun 2021, tetapi tarikh tayangan masih belum ditentukan.
Wakil rangkaian itu menyatakan “musim baharu Voice akan keudara pada tahun hadapan,” sebelum menambah “butiran lanjut masih belum diputuskan.”
Musim pertama Voice yang ditayangkan pada 2017 berkisar pada pusat panggilan kecemasan dan para pekerja yang berusaha memerangi jenayah dengan menggunakan maklumat terhad dari panggilan terdesak yang mereka terima.
Populariti yang diterima menyaksikan Voice 2 telah dihasilkan pada tahun berikutnya, diikuti Voice 3 yang keudara pada 2019. Bagi yang belum pernah menonton atau ingin mengulangi tontonan, anda boleh saksikannya di Netflix.
Sumber: Soompi
1 comment
voice 1 2 3 pown gw gak tgk lg wkwkkwkw