Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Sah! Korea Remake Siri Popular “Money Heist”

Pada Jun yang lalu, syarikat produksi Korea, BH Entertainment dilaporkan sedang dalam rundingan dengan produksi Content ZIUM untuk menghasilkan ‘remake’ siri popular Money Heist.

Kini, telah disahkan bahawa siri itu akan dihasilkan semula oleh produksi Korea. Menurut laporan Soompi, siri akan datang bakal menampilkan plot yang hampir serupa dengan versi asal, cuma ia akan ditetapkan di Korea. 

Penerbit siri asal, Alex Pina teruja dengan penerbitan Money Heist versi Korea. 

“For several years, Korean content has crossed national boundaries and captivated audiences around the globe with its unrivaled composition and culture, just as ‘Money Heist’ has now. That is why we were attracted to the potential of a Korean version of ‘Money Heist.’”

“I am excited to see what will happen when this case unfolds against the backdrop of the Korean peninsula.”

Siri remake ini akan diarahkan oleh Kim Hong Sun, yang terkenal dengan beberapa drama popular seperti Son: The Guest, Voice dan Black. Lakonlayar akan ditulis oleh Ryu Yong Jae dan pasukannya, yang pernah terlibat dengan drama tvN Psychopath Diary.

BH Entertainment (A Single Rider, Miss Baek) dan Content ZIUM (Itaewon Class, Go Back Couple, More than Friends, Run On) akan menjadi penerbit bersama.

Butiran lanjut mengenai barisan pelakon, tajuk dan jadual penggambaran akan diumumkan tidak lama lagi. 

Money Heist, juga dikenali sebagai The House of Paper, adalah siri drama jenayah Sepanyol  yang berkisarkan sekelompok orang yang melakukan pencurian di Royal Mint of Spain, yang dipimpin oleh seorang lelaki bernama Profesor.

Netflix telah memperoleh hak penstriman global pada tahun 2017 dan telah menayangkan empat musim rancangan itu.

Related posts

“Hometown Cha-Cha-Cha” Berakhir Dengan Rating Tertinggi Sepanjang Siarannya

Zulaikha

Hometown Cha-Cha-Cha Catat Rating Hari Sabtu Tertinggi

Zulaikha

Yumi’s Cells Capai Rating Tertinggi, One The Woman & The Veil Catat Peningkatan

Zulaikha

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

iQiyi Umumkan Enam Siri Asli Korea dan Filipina

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa The King’s Affection Akan Mencuri Hati Anda

Zulaikha

Leave a Comment