Berita

SAH! JUSTICE LEAGUE Snyder Cut Akan Ditayangkan Di HBO Max!

Views

Selepas lebih dua tahun mendesak, berkempen, menggunakan hashtag dan pelbagai cara lagi, akhirnya Warner Bros. memberikan apa yang peminat mahukan, sebuah filem Justice League yang disunting sendiri oleh Zack Snyder.

Menurut laporan The Hollywood Reporter, Snyder telah diberi budget tambahan sebanyak $20-30 juta dolar untuk menyiapkan suntingan, kesan khas dan beberapa pekara teknikal sebelum memberikan kepada WarnerMedia untuk ditayangkan di platform penstriman HBO Max.

Versi ‘Snyder Cut’ ini akan berdurasi selama empat jam dan akan dibuat dalam bentuk siri terhad yang terbahagi kepada enam babak. Snyder juga menjelaskan, versinya itu akan menampilkan banyak babak-babak yang tidak pernah ditonton peminat.

Berikut adalah kenyataan dari Zack Snyder selepas menganjurkan tayangan Man of Steel semalam.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada HBO Max dan Warner Brothers atas sikap berani menyokong artis dan membiarkan visi sebenar mereka direalisasikan. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam gerakan SnyderCut kerana menjadikannya kenyataan, “

Gerakan SnyderCut dibuat selepas Justice League dikritik teruk oleh pengkritik dan peminat. Snyder telah digantikan dengan Joss Whedon sebelum filem sempat disiapkan, dan ini menyebabkan berlaku perubahan ketara terhadap filem tersebut dimana ia jauh dari visi pengarah asal.

BACA:  Paramount Rancang Filem Terbaru G.I. JOE Selepas SNAKE EYE

Ramai percaya, Zack Snyder berjaya menyiapkan bahan secukup untuk tujuan suntingan menjadi sebuah filem, malah Snyder turut memberi ‘hint’ bahawa versinya wujud dan sering kongsikan gambar-gambar belakang tabir di media sosial Vero. Gerakan #ReleaseSnyderCut juga turut disokong Gal Gadot

Justice League ditulis oleh Chris Terrio berdasarkan cerita dari Zack Snyder dan Terrio. Ditayangkan pada 2017, filem adiwira DC ini menerima ulasan bercampur-campur dari pengkritik dan peminat, dan dianggap dipentas box office apabila hanya meraih $658 juta dolar berbanding kos pembikinan yang mencecah $300 juta dolar.

Tinggalkan Balasan

shares