Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Saga Perlumbaan Diteruskan Dalam Trailer Pertama THE FAST & FURIOUS 9

Setelah lama peminat nantikan, akhirnya Universal Pictures melancarkan trailer rasmi pertama The Fast & Furious 9 yang menyaksikan beberapa watak asal francais kembali dalam filem terbaru. Anda boleh saksikan trailer yang penuh aksi dipemain video dibawah.

Fast & Furious 9 dibintangi Vin Diesel yang akan meneruskan peranan utamanya, bersama-sama pelakon asal, seperti Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Tyrese Gibson, Ludacris.dan Michael Rooker.

Filem ini turut dibintangi Charlize Theron dan Helen Mirren yang akan memainkan peranan mereka dari filem Fate of the Furious, serta John Cena yang menggantikan tempat Dwayne “The Rock” Johnson yang tidak kembali membawa wataknya dalam filem terbaru.

Pengarah Justin Lin akan kembali mengarah francais kali ini selepas menerajui 3 filem awal Fast and Furious iaitu filem ketiga sehingga keenam. Dan Casey bertindak selaku penulis skrip berdasarkan cerita dari Lin.

Fast & Furious 9 akan menemui penonton pada 22 Mei 2020.

 

View this post on Instagram

 

#FAST9 Tertinggal satu lagi karakter poster. Hans? #JusticeForHans #FastAndFurious #Kakimuvee

A post shared by Kakimuvee (@kakimuvee) on

Related posts

Filem Live-Action ‘Tokyo Revengers’ Akan Tiba Di Pawagam Tempatan Pada 9 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Leave a Comment