Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

‘Saat Kau Takluk Cinta Ini’ Akan Mengisi Slot Samarinda Bermula 20 Disember 2021

Menyusuli Cukup Derita Itu, Saat Kau Takluk Cinta Ini akan mengisi slot Samarinda bermula 20 Disember 2021, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3. 

Drama bersiri 15 episod yang diinspirasikan dari novel Saat Kau Takluk Cinta Ini karya Sara Hezra merupakan terbitan Kembara Sufi Sdn Bhd, diarahkan oleh Zamri Zakaria, nukilan skrip oleh Eja Lorena dan menampilkan pelakon – pelakon popular Malaysia seperti Idris Khan, Intan Najuwa, Syazwan Zulkifly, Shakilla Khoriri, Wafariena Roslan, Wan Maimunah, Zarynn Min, Edika Yusof, Jasmin Hamid, Raja Azmi, Raja Baizura, dan Aleza Shadan. 

Saat Kau Takluk Cinta Ini mengisahkan Haira Melissa yang telah dibuang keluarganya apabila dituduh merampas tunang kepada adik tirinya. Dia membawa diri ke sebuah kampung mencari kawannya tapi dia telah sesat dalam keadaan hujan yang lebat. Haira berteduh di sebuah pondok dalam kebun pisang. Dari situ, bermulalah pertemuan Haira dengan Rahhal. 

Rahhal seorang pemuda kampung yang berpelajaran tinggi berkelulusan luar negara. Rahhal telah mendapat tawaran kerja yang bagus di ibu negara, tetapi dia mengorbankan cita-citanya apabila ibunya, Hajah Damiah telah diserang strok. Rahhal membuat keputusan untuk menjaga ibunya dan menguruskan tanah kebun pisang dan kolam ikan milik keluarganya itu.

Rahhal dan ibunya , Hajah Damiah telah dihalau keluar dari rumah pusaka arwah Tok Wan Damit oleh Mak Long Nisah dan anaknya Fakhril yang sangat berdendam dengan Rahhal sejak dari kecil. Fakhril mempunyai niatnya tersendiri untuk menjatuhkan Rahhal. Haira tersentuh dengan keikhlasan Rahhal yang sering mengambil berat tentangnya. Apabila Rahhal melamarnya, Haira menerima tetapi dia sebenarnya mempunyai sebuah rahsia yang disimpan rapi. Adakah ia akan mengancam mahligai cinta yang dibina oleh Rahhal dan Haira?  

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Saat Kau Takluk Cinta Ini bermula 20 Disember 2021, setiap hari Isnin hingga Khamis, 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 dan perkhidmatan penstriman iQiyi. Drama bersiri ini akan tersedia sejam kemudian pada hari yang sama di seluruh Malaysia.

Ia juga disertakan dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia di mana penonton boleh mengakses secara percuma pada bila-bila masa melalui www.iQ.com/local atau muat turun aplikasi iQiyi di App Store dan Play Store. Pelanggan VIP akan dapat mengakses kemudahan VIP Express iQiyi bagi drama Saat Kau Takluk Cinta yang membolehkan penonton untuk menonton episod terkini 1 jam selepas tayangan di TV3 manakala pengguna percuma dapat menonton 48 jam selepas.

Related posts

Tayangan Perdana ‘Take CTRL’ Siri Asli Komedi Keluarga Di Astro

Kakimuvee

Astro Beri Akses Tontonan Percuma Untuk Semua Saluran Filem & Korea Mulai 29 Januari – 6 Februari 2022

Kakimuvee

VIVO Melancarkan ‘Shout it Out’, Filem Pendek Terinspirasi Berdasarkan Kisah Benar Seorang Atlet Para Yang Tekad

Kakimuvee

Kehadiran Elizad Sharifuddin & Iqram Dinzly Suntik Kelainan Dalam Drama “Hati Yang Dikhianati”

Zulaikha

WeTV Malaysia Mempersembahkan Siri Original Pertamanya, VILLA KRISTAL

Zulaikha

Filem Terbaru Adrian Teh “The Assistant” Akan Ditayangkan Mac Ini, Saksikan Trailer & Poster Rasmi Pertama Disini

Kakimuvee