Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Video

Ryan Reynolds Tidur Di Dakapan Salma Hayek Dalam Klip Eksklusif “The Hitman’s Wife’s Bodyguard”

Sekuel The Hitman’s Wife’s Bodyguard akan membuat debut antarabangsa pada 16 Jun ini, tetapi penonton di Malaysia terpaksa menunggu sedikit lama kerana situasi pandemik yang tidak mengizinkan pawagam untuk beroperasi. Sementara menantikan tarikh tayangan di Malaysia, mari kita lihat video klip eksklusif yang baru dilancar Lionsgate sebentar tadi.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah. 

Pasangan pelik yang paling menakutkan di dunia – pengawal peribadi Michael Bryce (Ryan Reynolds) dan pembunuh upahan Darius Kincaid (Samuel L. Jackson) – kembali bergabung dalam misi yang mengancam nyawa. Masih tidak berlesen dan dalam pemantauan, Bryce dipaksa menjaga isteri Darius, yang juga penipu terkenal Sonia Kincaid (Salma Hayek).

Ketika Bryce cuba menjaga pasangan suami isteri itu, mereka secara tidak langsung terlibat dalam plot global, dan tidak lama kemudian mereka mendapati bahawa mereka berhadapan dengan seluruh Eropah dan orang gila yang sangat berdendam dan kuat (Antonio Banderas). Turut menyertai keseronokan dan kekacauan yang cukup gila adalah Morgan Freeman yang akan berperanan sebagai … anda mesti melihat filem ini di pawagam nanti. 

Patrick Hughes kembali ke kerusi pengarahan bersama penulis asal Tom O’Connor yang menulis cerita dan lakon layar bersama-sama Philip dan Brandon Murphy. Syarikt Millennium Media menjadi penerbit bersama-sama Les Weldon, Christa Campbell dan Lati Grobman. 

Filem pertama yang dilancarkan pada 18 Ogos 2017 berjaya mengutip AS$180 juta dolar seluruh dunia dan turut menampilkan pelakon terkenal seperti Gary Oldman, Elodie Yung, Joaquim de Almeida, Kirsty Mitchell dan Richard E. Grant, bersama Reynolds, Jackson dan Hayek

Related posts

Kisah Persahabatan Antara Seorang Remaja & Robotnya Yang Rosak Dalam Trailer “Ron’s Gone Wrong”

Kakimuvee

Netflix Umum Tarikh Tayangan Filem Aksi-Thriller “Kate” Lakonan Mary Elizabeth Winstead

Kakimuvee

Bill Skarsgård Sertai “John Wick: Chapter 4”

Kakimuvee

Gambar BTS Terbaru “Indiana Jones 5” Memaparkan Kepulangan Semula Harrison Ford

Kakimuvee

Emmy Award-Winning Hit – RICK AND MORTY Season 5 – Premieres Exclusively on HBO GO

Zulaikha

Spin-Off “A Quiet Place” Akan Ditayangkan Pada 2023

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating