Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Ryan Reynolds Terpaksa Jaga Bini Samuel L. Jackson Dalam Teaser “Hitman’s Wife’s Bodyguard”

Lionsgate telah melancarkan teaser The Hitman’s Wife’s Bodyguard, sekuel kepada filem aksi komedi popular tahun 2017, The Hitman’s Bodyguard. Filem terbaru ini akan membuat debut pada 16 Jun 2021. Anda boleh tonton teaser Hitman’s Wife’s Bodyguard di pemain video dibawah. 

Ryan Reynolds (Deadpool), Samuel L. Jackson (Spider-Man: Far From Home), Salma Hayek (Eternals) dan Richard E. Grant (Star Wars: Rise of the Skywalker) kembali meneruskan peranan masing-masing, bersama pendatang baru dalam siri filem ini yang terdiri daripada Morgan Freeman (Million Dollar Baby), Anthonio Banderas (The Mask of Zorro), Frank Grillo (The Purge) dan Tom Hopper (The Umbrella Academy).

Pasangan pelik yang paling merbahaya di dunia – pengawal peribadi Michael Bryce (Ryan Reynolds) dan pemunuh upahan Darius Kincaid (Samuel L. Jackson) – kembali dalam misi yang mengancam nyawa. Masih tidak berlesen dan dalam pemantauan, Bryce dipaksa menjaga isteri Darius, yang juga penipu terkenal Sonia Kincaid (Salma Hayek).

Ketika Bryce cuba menjaga pasangan suami isteri itu, mereka secara tidak langsung terlibat dalam plot global, dan tidak lama kemudian mereka mendapati bahawa mereka berhadapan dengan seluruh Eropah dan orang gila yang sangat berdendam dan kuat (Antonio Banderas). Turut menyertai keseronokan dan kekacauan yang cukup gila adalah Morgan Freeman yang akan berperanan sebagai … anda mesti melihat filem ini di pawagam nanti. 

Patrick Hughes kembali ke kerusi pengarahan bersama penulis asal Tom O’Connor yang menulis cerita dan lakon layar bersama-sama Philip dan Brandon Murphy. Syarikt Millennium Media menjadi penerbit bersama-sama Les Weldon, Christa Campbell dan Lati Grobman. 

The Hitman’s Wife’s Bodyguard sepatutnya ditayangkan pada 28 Ogos tahun lalu, tetapi terpaksa ditangguh disebabkan pandemik global. Filem pertama yang dilancarkan pada 18 Ogos 2017 berjaya mengutip AS$180 juta dolar seluruh dunia dan turut menampilkan pelakon terkenal seperti Gary Oldman, Elodie Yung, Joaquim de Almeida, Kirsty Mitchell dan Richard E. Grant, bersama Reynolds, Jackson dan Hayek.

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Ji Jin Hee Mencari Kebenaran di Sebalik Penculikan Anak Lelakinya Dalam Teaser “The Tragedy Of One”

Kakimuvee

Segalanya Akan Terjawab Dalam FEAR STREET PART 3: 1666

Kakimuvee

Leave a Comment