Berita

Ryan Reynolds Sahkan Marvel Studios Sedang Bangunkan Filem Deadpool 3

Views

Sejak 20th Century Fox dibeli Disney, terdapat spekulasi mengenai studio yang akan bertanggungjawab membangunkan filem ketiga Deadpool memandangkan filem tersebut berstatus 'r-rated'. Kini selepas pelbagai khabar angin, akhirnya pelakon utama Deadpool, Ryan Reynolds tampil menjelaskan pekara yang sebenar.

Ketika muncul dalam rancangan Live With Kelly and Ryan, pelakon yang membawa watak Wade Wilson itu mengesahkan bahawa filem Deadpool 3 akan dibangunkan oleh Marvel Studios dan kesemua pasukan produksi kini sedang berusaha untuk menyiapkan filem ketiga karakter popular itu.

Deadpool merupakan antara kejayaan besar Fox, dan karakter tersebut kini menjadi keutamaan Marvel Studios agar ia kekal popular seperti dua filem terdahulu. Cuma persoalan yang timbul dikalangan peminat kini adakah filem ketiga ini akan kekal berstatus 'r-rated'.

"Ya, seluruh pasukan sedang mengusahakannya" ujar Reynolds.

"Kami kini berada di Marvel [Studios] sekaarang, ia seperti liga besar, agak gila, jadi kami sedang berusaha melakukannya."

Bos Disney, Bob Iger sebelum ini pernah memberi jaminan bahawa Deadpool akan kekal seperti dahulu, cuma memandangkan Marvel Studios tidak pernah menghasilkan filem 'r-rated' dan polisi Disney yang tidak menghasilkan filem yang penuh dengan kata-kata kesat, pasti penghasilan Deadpool 3 akan menimbulkan pelbagai persoalan dikalangan peminat.

Apapun perancangan Deadpool 3 telahpun bermula, dan peminat kini hanya perlu tunggu dan lihat bagaimana Marvel Studios merencana filem ketiga adiwira yang terkenal dengan perangainya yang loya buruk.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks