Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ryan Reynolds Pilih Molyneux Sisters Untuk Tulis Skrip Deadpool 3, The Rock Bakal Sertai Reynolds?


Hampir setahun sejak filem ketigaĀ DeadpoolĀ disahkan perancangannya, tetapi peminat tidak kedengaran sebarang berita selepas itu.Ā 

Dalam perkembangan terbaru, Ryan Reynolds, yang juga penerbit francais Deadpool, telah menyambut kedatangan Molyneux dan Lizzie Molyneux-Loeglin untuk menulis skrip filem sekuel akan datang, lapor Deadline.

Reynolds telah bertemu dengan penulis tersebut pada bulan lalu untuk mendengar pendapat mereka mengenai filem akan datang, dan dia akhirnya memutuskan untuk memilih duo itu kerana dianggap ”sesuai” dengan kehendaknya dan Marvel Studios.Ā 

Molyneux dan Lizzie Molyneux-Loeglin, yang terkenal dengan penulisan sitcom Bob’s Burgers, menjadi penulis wanita pertama yang menyertai francais Marvel Cinematic Universe (MCU).Ā 

Setakat ini butiran plot masih belum diketahui, tetapi difahamkanĀ Deadpool 3Ā akan kekal dengan rating ‘R’ seperti dua filem terdahulu. Sekiranya benar,Ā Deadpool 3Ā akan menjadi filem pertama MCU yang berstatus ‘R-rated’.


Sementara itu, laman We Got This CoveredĀ  menyampaikan khabar angin yang cukup menarik kepada peminat. Menurut artikel dari laman tersebut, pelakon terkenal Dwayne “The Rock” Johnson dikatakan sedang dalam rundingan dengan pihak studio untuk muncul dalam filemĀ Deadpool 3.

Namun pekara itu masih dianggap khabar angin, dan hanya dapat disahkan sekiranya diumumkan Marvel Studios atau The Rock sendiri.Ā 

Reynolds dan The Rock akan muncul dalam filem terbaru Netflix Red Notice.Ā 


Related posts

The Marvels Perlu Kutip Lebih AS$400 Juta Untuk Catat Keuntungan

Kakimuvee

Deadpool 3 Akan Lebih Berani & Sangat ‘R-Rated’

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Kos Pembikinan Musim 2 Loki Mencecah AS$141.3 juta

Kakimuvee

Trailer Loki Musim 2 Pecah Rekod Disney+

Kakimuvee